Tuesday, July 21, 2015

22 Julai 2015

jam 10.00

at Makmal komputer with 5 Inovatif

Kelas TMK

Kelas TMK tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana almari chrome tak dapat dibuka.
Pengajaran hanya dilakukan dengan menunujukkan contoh blogspot yang telah wujud.
Murid-murid ditunjukkan contoh bagaimana untuk menghasilkan dan meng'update" blog sahaja.
sekian terima kasih.

Tuesday, November 1, 2011







Now I have a daugther ......The cute baby.....

Monday, March 22, 2010

Malamku kesiangan

mataku segar bak mentari yang baru muncul...
walaupun malam main merangkak ke pagi...
mataku tetap sama... masih degil untuk terpejam....
mungkin ada sesuatu yang bermain difikiran...
mungkin juga ada suatu perasaan yang mengganggu.....
Entah lah..
Apa2pun aku perlu tidur...
kerana esok aku perlu meneruskan tugasku..
selamat malam...

Tuesday, October 20, 2009

Gambar terbaru..
















Ibu rindukan daddy....

Sekarng dah jam 12.55..
ibu rindu daddy sangat2...
ibu tak sabar nak balik untuk bersama daddy mu....
ibu harap sangat agar daddymu pun begitu...

Sunday, October 4, 2009

Sambutan Raya...20 september 2009

Assalamualikum Shahilaku sayang...
Sambutan raya tahun ni meriah.... ibu cukup hepi..
Tapi dalam kegembiraan itu... ada terselit kesedihan....
Ibu sedih sangat....yang terasa sangat dengan sikap suami ibu sendiri...

Hanya kerana sebungkus nasi...
Jiwa dan perasaan ibu hancur berkecai...
kalau diikutkan hati ibumu ini yang sakit...ingin rasanya ibu lari dan terus berlari tanpa dapat dikejar oleh daddy....
D....
Kenapa la dirimu begitu kejam terhadapku?????
Aku hanya inginkan sebungkus nasi untuk sarapan pagi...
Tapi... apa yang kau balas padaku????
Hatiku merajuk tidak kau pujuk...
hatiku menangis tidak kau peduli....

Sebaliknya....
Kau pula yang merajuk setelah daku berlari keluar rumah....
niatku hanya satu...
untuk tenteramkan jiwaku yang memberontak....
Sejuknya kelak... kembalilah daku...

Daku kembali dengan senyuman ingin berdamai...
Tetapi apa yang aku dapat????
Amukan yang tidak pernah aku lihat selama ni yang aku terima
dari insan yang teramat aku sayangi...

Aku terkejut dan menangis....
aku keluar sekali lagi untuk membawa hati yang lebih parah....
ke kfc aku tuju....
Tak tau kenapa???
Mungkin untuk mengimbas kembali kenangan bersamanya...

Sungguh....Hatiku masih bersamanya...
Aku terlalu merinduinya yang dulu...Yang lemah lembut dan romantik...
tidak pernah sekalipun suaranys keras itu kuar dari mulutnya suatu tika dulu.....
aku mula mencintainya kerana kesabarannya....

kini kesabaran itu sudah lenyap...
adakah kerana aku sudah bergelar isteri??
Tiada lagi ungkapan manis seperti dulu....

Tapi aku tetap seorang wanita yang bergelar isteri...
sayang..walaupun ibumu ini terlalu biadap...
tapi ibu ada sebab tersendiri....
maafkan ibu...
jangan jadi seperti ibu....
ibu sayang daddymu.....

ibu percaya daddymu juga sayangkan mama...
kerana daddymu datang jemput ibu di rumah...
walaupun permulaan Agak kekok...
tapi ibu terima dengan hati yang rela kerana ibu teramat menyayanginya...

Setakat ini dulu coretan ibu...
Ibu nak solat isyak dulu
Doakan kebahagiaan ibu.....

Ibu,,,,,mama
marisa
Kuarters Sk.Benawa,Baram,Sarawak...
8.02 pm 4hb oktober 2009.

Friday, August 7, 2009

AKU YANG JAUH DIPERANTAUAN

Hari ni 07/08/09... maka genap la lebih kurang 8 bulan aku berkhidmat di sk.Benawa, Baram,Miri,Sarawak...

Terlebih dahulu aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca kerana sudah sekian lama aku tidak mencoretkan sesuatu yang bermakna di sini... Buat niatku utk berbuat demikian..tetapi aku tidak mampu mencoretkannya di sini... Sesungguhnya hanya Tuhan shj yang tahu betapa seksanya aku berada di sini...

Dulu...masa aku kecik2..aku pernah ke sungai dan bermandi manda di sana... aku juga pernah bermain2 air yang bertakung semasa hujan..mmg aku cukup hepy sangat time tu.. tapi itu aku hanya menganggap itu hanya salah satu permainan yang pernah aku lakukan semasa kecil...

Tapi siapa sangka... aku mengulanginya sekarang walaupun aku sudah dewasa... tetapi keadaannya berlainan.... air hujan adalah sumber air utama aku untuk makan,minum,mandi dan membasuh apa2 sahaja yang perlu dibasuh... ia bukan lagi sekadar tempat untuk aku bersukaria dan bermain.... Jika tiadanya hujan..maka resahlah hatiku tanpa air... Sungai juga bukan lagi tempat aku untuk bersantai dan bermain...tetapi ia adalah sumber air kedua apabila hujan tidak turun.... cuba kawan2 fikir... pernah tak korang menggunakan air hujan dan air sungai yang tidak dirawat sebagai sumber air utk keperluan harian???? Tentu sekali tidakkan????

setakat tu dulu la...aku penat dah menaip ni....
nati aku sambung lagi dilain waktu....